Sunday, December 12, 2010

Ketam Bercili....


salam...first impression korg tgk gmbr ats ni mesti korg rase mcm cincai je msk nye kan...memg pun...huhuhu

actually sewaktu aku berada di Putrajaya 2-3 mgu lepas,aku ngn Kak Mim meredah pasar malam di bangi..Niat di hati hendak membeli barang-barang mentah utk penjualan nasi lemak Kak Mim...tgh2 berjalan tu plak ternampak si anak2 ketam tergolek2...chumel le plak....teringat plak si Moi2 nak dtg menjengah malam nti..so,Kak Mim pun mencadangkan utk membeli si anak2 ketam nie...huhuhuh

Ketam Bercili

Bahan A
1/2 kg Baby Ketam (klu nak pakai ketam yg besar pun blh jugak
2 camca besar serbuk kunyit
2 camca kecil garam

Bahan B
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Putih
3-4 camca besar Cili Mesin @ Cili Boh
2 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Sos Tomato + 1 camca besar Sos Cili
1 camca kecil serbuk pati ikan bilis
serbuk perasa
garam
gula

Cara Penyediaan :

1. Anak2 ketam tersebut haruslah disiang terlebih dahulu dan di belah kpd dua supaya tidak kelihatan terlalu besar...kemudian dia basuh dengan air garam dan dibilas semula dengan air bersih..Jgn lupa berselawat semasa membilasnya..Petua orang-orang tua OK!

2.Panaskan minyak di dalam kuali.Campurkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa pada ank2 ketam tersebut.Apabila minyak panas,goreng anak2 ketam tersebut sehingga bwarna keperangan..lagi sedap kalau sampai garing kerana terasa kerangupan pada kulitnya.

3.Untuk bahan B pula,hiris bawang besar dan racik bawang putih sehingga halus...Tumis kedua-dua bahan sehingga naik bau kemudian barulah masukkan cili mesin dan di goreng hingga garing...

4.Masukkan sos tiram,sos tomato dan juga sos cili...Tambah sedikit air supaya ia kelihatan berkuah sedikit...

5.Kemudian,masukkan pati ikan bilis,garam dan gula seckup rasa...

6.Pecahkan 2 biji telur dan masukkan..Kacau hingga sebati.Akhir sekali masukkan ank2 ketam goreng tersebut dan gaul rata.

OK dah sedia dimakan dengan nasi putih yg panas...kuahnya sedap jugak kalau dicicah dengan roti...

Selamat Mencuba!!!

Happy Cooking!!!!

4 comments: